Pages

Wednesday, May 25, 2011

Another Dinner @ TM


Hurmmm.. minggu ni ada Dinner lagi anjuran TM. Tema dia ialan 'Rock & Roll'. cam gempak kan? hehehe..

Tu la, gempak-gempak ni tak tahu pulak nak pakai baju apa. Actually takde la nak bergaya sakan, just nak ikot tema je baru seronok kan? Baru ada feel dinner tu..hehehe. Pasal baju tu memang menjadi masalah gak sebab dah takde masa nak cari. Hope malam ni tak hujan, boleh ajak my dear Bobby teman cari baju kat Uptown.. ~ Nanti kita belanja awak ye Sayang..
:)

Okay, kita tinggalkan pasal baju tu kejap. Ni nak cerita pasal performance plak. Aku & kawan-kawan akan terlibat. Kitorang join dengan group lain sebab tak cukup orang. Kalau korang nak tahu, kitorang akan menari dalam pelbagai jenis genre rock. Ni termasuk Rock ala-ala 'twist'.. hehehe

Malu gak la nak menari tapi perkara ni aku amek dari sudut yang positif la. Dimana as a group, kami boleh saling kenal antara satu sama lain, boleh menonjolkan sedikit diri kami ni agar pihak atasan nampak la..hehehe. Kalau zaman sekolah dulu prestasi pelajaran & ko-Q perlu seiring, camtu la gak time bekerja ni.. Betul tak?

By the way, group aku akan memulakan persembahan pada malam dinner tu nanti. Harap sangat yang kami boleh lakukan yang terbaik & segala latihan dapat kitorang buat dengan jayanya..

Akhir kata, even penat berlatih tapi dapat gak lakukan senaman yang mana aku dah lama tinggalkan. Cair la sikit lemak-lemak aku ni..hehehe.

leave your comment plezzzz!!!

No comments:

Post a Comment