Pages

Wednesday, July 18, 2012

Belajar iLmu ciNta

its me again guys... 


'Dont Be Sad' = 'Jangan Bersedih' ... aku baru je nak bukak kitab untuk bacaan. Tapi malam ni tak sempat, nak tido da jap lagi. Just nak share pengalaman aku BERCINTA selama beberapa tahun ni. Aku bukan la expert sangat tapi bole la sekadar untuk berkongsi. Selama aku Bercinta ni memamg banyak sangat dugaan dan cabarannya tapi tak dilupakan jugak keindahan & kebahagiaan dalam perhubungan kami.


Ini bukan kali pertama aku mencintai lelaki tapi pertama kali lelaki yang mencintai aku seadanya. Walaupun agak kelam kabut waktu memulakan hubungan tapi kami berjaya gak melalui segala cabaran & dugaan yang mendatang. Pada mulanya si DIA agak sukar untuk menerima aku seadanya, tapi alhamdulillah hatinya terbuka untuk aku. Begitu juga aku, agak tidak bersedia menerima dia seadanya tapi aku berjaya jugak menerimanya dengan hati terbuka sebab aku tahu kita tak boleh nak mengharapkan kesempurnaan dari orang laen sedangkan diri kita pun tak sempurna mana.


Selama 3 tahun ni lah aku belajar memahami DIA & semua tentang DIA tapi tak bermakna aku memahami sepenuhnya. Kadang-kadang ade gak perkara yang aku masih tak faham & tak pandai dalam hubungan kami. Aku terasa yang hubungan kami ni tak semeriah dulu & ade kekurangan. Hubungan kami tak lah seperti orang lain & aku sentiasa ingat lagi kata-kata dia yang DIA 'tak sama dengan orang lain'. Walaupun hati aku kadang-kadang nak rase ape yang orang laen dapat waktu bercinta, aku telan je la. Tapi kadang-kadang aku meminta juga. Kalo dapat tu alhamdulillah tapi kalo tak dapat diam je la kan.


Dalam perhubungan tu aku rase perlu ada tolak ansur & saling memahami. Bila tiap kali aku ade problem dengan die aku akan cuba cari jalan macam mana aku nak jadi yang terbaik untuk dia. Untuk tu aku beli beberapa buah buku yang aku rase aku kene baca & paham untuk selami lagi ilmu cinta. CINTA tu bukan hanya sekadar diluahkan dengan perasaan kasih & sayang. Cinta juga membuatkan kita berasa ingin mendekati seseorang itu & menyelami perasaan dia. Bila kita belajar ilmu CINTA ini kita mungkin lebih memahami pasangan kita. Pemikiran seorang lelaki & wanita tu memang tidak akan sama. Memang dah fitrah. Hehehe..

Selain tu jugak, bila kita hepi dalam hubungan, kita mesti berharap yang bahagia tu berpanjangan. Bila kita da mengecapi bahagia tu, kita kena la maintain kan hubungan tu. Kalo boleh jangan la disunyikan semula hubungan yang da bahagia tu. Dengan membaca & menelaah ilmu CINTA tu, baru la kita akan sedar apa yang betul & ape yang salah kita da buat dalam hubungan kita ye.


Okay la, tak nak melalut lagi panjang. Kalo korang de benda nak share, sila la ye. Aku tak arif sangat tentang hati & perasaan ni.. Hehehehe.. Okay, Nite uolssss ~~



No comments:

Post a Comment