hye semua.. hope sihat selalu. malam ni terasa nak berkongsi kegembiraan akak aku yang baru je melahirkan sorang baby gurl 25 ogos 2011. kebetulan sama pulak ngan mak aku. hehehe. boleh kata semua ahli keluarga aku happy sangat ngan kelahiran tu sebab akak aku tu da 8 tahun kawen & baru je dikurniakan cahayamata. aku pon memang excited la kan sebab ni anak dia yang pertama. cuma aku belum dapat bermanja lagi la ngan baby tu sebab "chiken pox" tu. hehehe.
aku tanye akak aku, camne perasaan bila da ada baby sendiri? dia cakap dia happy sangat. dia kata kalau boleh nak baby lagi tahun depan. kakak ku syg, awak tak boleh lagi la sebab awak bersalin "operate". tu la perasaan dia bile da ada baby & tak sabar nak ada baby lagi. klakar gak bila dengar dia cakap camtu.
selama 8 tahun tu, macam2 akak aku wat. berubat cara kampung sudah. jumpa doktor pon sudah. dan selama 8 tahun tu gak la dia ada ketumbuhan dibahagian ovari yang dipanggil "CYST" [ Kalau ada yang tak tau, sista adalah ketumbuhan berbentuk seperti belon yang mengandungi cecair berupa darah atau cecair berminyak. Kata doktor, kebanyakan cyst pada ovari bersifat benigna yang tidak akan berubah menjadi kanser dan ia turut dikenali sebagai physiological cyst iaitu terjadi ketika kitaran haid seseorang wanita. (diambil dari blog seseorang) ]. ketumbuhan ni 2 kali terjadi pada dia. yang paling latest dia kena dalam bulan 10 tahun lepas. selepas 2 bulan tu dia disahkan mengandung oleh doktor. memang happy bila dengar berita tu.
alhamdulillah, akhirnya akak aku bersalin dengan selamat walaupun due date dia sepatutnya 23 sept 2011. sebab nye, anak dia da mengeras kat dalam perot tu. doktor cakap baby takde ruang nak bergerak. doktor pon ada nasihatkan abang ipar aku supaya fikir baek2 abang ipar aku wat keputusan tok akak aku dibedah pada 25 ogos yang lepas. so keluarlah NUR FITIYA ADRIANA @ ERIN. nama ERIN tu diambil sempena nama doktor yang merawat akak aku dari belum pregnant sampai lah melahirkan. hehehe!
kepada kawan2 yang belum dapat baby lagi tu, usahalah ye. usaha tangga kejayaan. hehehe!! janagn risau, rezeki kita semua ade cuma cepat or lambat je. sabar ye kawan2 :)
No comments:
Post a Comment